Saturday, December 25, 2010

belangkas ooo belangkas....

oke..disebabkan ari ni ak mkan belangkas..
dan ramai yg tertanya2..
belangkas ni ley makan ker????
makanan exotic???
so bagi merungkai permasalahan ini korang baca la senidiri:))))




Assalamaualaikum.

Saya difahamkan oleh sesetengah pihak bahawa belangkas adalah sejenis binatang dua alam, (benarkah begitu) disebabkan ia hidup di lautan dan kemudiannya naik ke pantai untuk bertelur. Jadi, ada pendapat makan belangkas adalah haram disebabkan 2 alamnya itu. Tapi jika gunakan hujah 2 alam belangkas itu, bagaimana pula dengan penyu. Penyu juga hidup di lautan dan naik ke darat untuk bertelur. Jika belangkas di katakan haram, jadi penyu juga haram dimakanlah yerk…
So, saya jadi confius kat sini. Sebab ada pendapat mengatakan penyu boleh dimakan. Jadi tabiat penyu dan belangkas adalah sama iaitu bertelur di darat….so camanalah pulak boleh datang pendapat yg mengatakan belangkas tu haram…padahal belangkas tu sedaaaap dimakan lebih2 lagi tang telurnya.
Jadi, pendekkan cerita….nak tanya panel AAN, apa hukum makan belangkas? Haram atau Halal?

Tengkiu…wassalam
jawapan:
wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Berikut kami petikkan jawapan dari ruangan Soal-Jawab JAKIM mengenai isu makan belangkas :-
Quote:
. Belangkas harus dimakan, Secara perinciaannya binatang yang boleh dimakan dan tidak adalah seperti di bawah:
i)HAIWAN DARAT
Semua haiwan darat halal dimakan kecuali:
a) Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
b) Babi
c) Anjing
d) Haiwan yang bertaring yang digunakan untuk mencakar dan membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya.
e) Burung yang mempunyai kuku pencakar atau makan menyambar umpamanya burung helang dan seumpamanya.
f) Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya iaitu seperti tikus, kala, burung helang, lipan dan seumpamanya.
g) Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya iaitu seperti semut, lebah dan burung belatuk.
h) Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.
i) Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, dan seumpamanya.
ii) HAIWAN AIR
Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikatnya di air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.
Pada pendapat Mazhab Syafi’ie ada haiwan yang harus dimakan telurnya tetapi haram memakan binatang tersebut seperti penyu. tuntung dan seumpamanya.




from wikipedia

Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.
Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.
Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.
Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu 'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina.

[sunting]Nilai perubatan


Bahagian bawah belangkas.
Darah berwarna biru dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar. Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut.
Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virusbakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di EropahAmerika SyarikatJepun dan Asia Barat sejak 1988.
Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam. Masyarakat Melayu di Kota TinggiJohormenyediakan maasakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang / membakar sahaja. Namun begitu untuk ia bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai MABUK. Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini.
Sarjana Sains (Akuakultur), Institut Akuakultur Tropika (IAT) Universiti Malaysia Terengganu telah lama menyelidik nilai perubatan belangkas ini. Universiti Malaysia Terengganu sedang memohon geran sebanyak RM3 juta untuk tujuan penyelidikan dan merancang untuk membina sebuah makmal bernilai RM10 juta untuk menghasilkan kit anti-toksin untuk dipasarkan.
500 nelayan di Semerak, Pasir PutehKelantan dibantu bagi menternak belangkas. Nelayan terbabit dijangka mendapat pendapatan RM 1200 sebulan apabila projek ternakan ini berjaya.

14 comments: